
21 March 2012 .

Merupakan sebuah tarikh keramat bagi budak2 batch 94' kerana esok result SPM akan keluar . so , BERSEDIAKAH ANDA ? hehe . buat seram pula ak ne . Walau apa-apa pun yang terjadi esok , dapat saya bayangkan sudah mcmna keadaan esok . Pasti ada yg bersorak gembira , nangis ,sedih , menyesal dan perasaan itu semua bercampur-baur sperti sedang di'blender' . hehe . Namun walau apa pun , esok , slip keputusan sudah d depan mata . Semuanya terletak pada seseorang individu tersebut untuk menerimanya . Cemerlang atau tidak . Itu sudah menjadi perancangan Allah yang hanya Dia yang lebih mengerti , kita sebagai hamba-Nya harus menerima dengan hati yang terbuka dan tenang , kerana kita cuma hamba-Nya . Allah mengetahui apa yang akan dan sudah berlaku , lebih daripada yang kita tahu . Kita hanya berusaha , Allah menentukan .Dan ketahuilah , apa yang dirancangkan oleh Allah itu sempurna perancangan-Nya dan mempunyai 1001 hikmah disebaliknya . Tapi , kita hanya boleh sedar apa bila kita sudah mengetahui fasa tersebut . Seperti dalam firman Allah dalam surah Al-Baqarah [ 2:216 ] ;" Boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi ( pula) kami menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagumu , Allah mengetahui , sedangkan kamu tidak mengetahui. " [ 2:216 ]
Allah Maha Mengetahui lebih daripada kita . So , terimalah dengan redha . Yakinlah bahawa semua janji Allah itu benar . Dan sedarlah bahwa ini hanyalah sebahagian daripada nikmat dunia yang hanya sementara . Hanya ilmu itu yang penting kerana boleh menjadi bekalan ke akhirat kelak . Seseorang pun pernah cakap dgn saya " belajarlah kerana Allah , bukan kerana exam ." Sabda Nabi S.A.W. :
Apabila mati manusia maka terputuslah amalannya kecuali dari 3 perkara: sedekah jariah, ilmu yg dimanfaatkan orang dan anak yang soleh/solehah yang mendoakannya” (H.R. Muslim)
Kepada yang mendapat result
CEMERLANG :
Jangan riak , sombong , takabbur , ingat Allah , Dia yang bagi semua itu . Bersyukurlah dengan nikmat Allah =) Tanpa Allah , siapalah kita .
Kepada yang mendapat result
KURANG CEMERLANG :
Jangan bersedih , jangan cepat patah semangat . Yakinlah semua yang berlaku ada hikmahnya . Mungkin kita sudah berusaha , tetapi mungkin ada cacat-celanya amalan kita di mana2 . Muhasabah diri kita dan teruslah berusaha . Rezeki di bumi Allah itu luas =) Jikalau hati masih risau , gundah gulana , mengadulah kepada-Nya . Sesunguhnya , Dia-lah sebaik2 tempat kita mengadu .
# Menuju Puncak Kegemilangan .MRSM TAWAU (3RD BATCH )
Kepada rakan se-Batch saya ,good luck ambil result ! rindu .. hee .esok farewell la kta ne though tidak semua yang datang . see you guys tomorrow =) !
No comments:
Post a Comment