an inspirational talk =)

Andai hari ini , kita ditemani dengan titisan jernih di pipi ,
hanya kerana ingin mencapai redha dan janji Ilahi ,
tangislah ia dengan penuh cinta ,
KERANA , ada bahagia yang menanti di sana . ♥

Monday, June 04, 2012

Indah Khabar Dari rupa .








Setelah hampir 3 minggu menjejakkan kaki ke Universiti Putra Malaysia (UPM )  , baru hari ini saya dapat berkongsi cerita , luahan rasa bergelar seorang pelajar Universiti . 

Pelajar Universiti ? uwaaa~ Kedengaran best , plus excited . Best dari beberapa sudut yang lain , tetapi bukan pada sudut untuk yang satu lagi tuh . Dari sudut mentarbiyyahkan diri . Kenapa saya barkata demikian ? itulah sebabnya , kita di propa dgn agenda yang mengatakan kehidupan universiti ini is a fun life . yes , it do . tetapi dalam masa yang sama , boleh mencalar dan skali gus meruntuhkan dinding-dinding iman yang rapuh .

Saya belajar melalui pemerhatian & pengalaman 3 minggu saya yang mungkin anda akan melihat saya seperti kanak2 ribena . Tetapi , minda saya kian berputar ligat memikirkan mengapa & kenapa . Di sinilah saya belajar untuk "stand on your own feet" ! iaitu dalam konteks yang lebih mendalam lagi ialah menjaga iman diri sendiri , sebelum cuba untuk menjaga iman orang lain . Mungkin kerana sudah terbiasa dengan peringatan demi peringatan yang disampaikan kepada saya yang membuat kita selalu ingat . Namun , apabila semua itu hilang atau tiada , kita seakan hilang arah . Hilang arah tujuan , samar2 akan tujuan kehidupan & mulai hanyut dek arus deras keduniaan yang menggila .

Sehinggalah pada suatu masa , ketenangan jiwa & perasaan itu sentiasa rasa tergugat dan sentiasa merasakan iman berada dalam keadaan yang tidak selamat . Kita tercari-cari akan siapa dan di mana tempat yang seharusnya kita berpaut sehingga kita jadi lupa dan lalai akan satu perkara . Kita tidak sendiri , Allah sentiasa ada untuk kita , seperti dalam firman-Nya ;

 " Dan apabila hamba2-Ku bertnya kpdmu tntng Aku , maka (jwblh) bhawasanya Aku adalah dekat " Surah Al-Baqarah [2:186]  

Namun , kenapa selama ini kita tercari-cari ? sebabnya hanya satu , hati yang terdidik mulai lupa akan Pencipta-Nya . Kita selalu berharap agar orang yang diharap untuk mengigatkan , akan selalu mengigatkan . tetapi , segalanya hanya indah khabar daripada rupa . Kononnya , janji yang telah dibuat akan ditunaikan & akan dilaksanakan sesuai dengan janji . Namun , kita silap dengan bergantung harap dengan manusia , kerana tempat bergantung harap yang pasti itu adalah Allah , yang tidak akan pernah mengecewakan =]




5 comments:

syasya zunah syakirah said...

assalam nieza.... insyaAllah... kita cri cri smart circle kat sini... kita cuba tarbiyah diri kita... aq pun jugak... insyaAllah... kita doa agr Allah brsama kita!! ameen.. :)

Hana Khalilah said...

waalaikmsalam zunah =) insyAllah tengah mncari smart circle laa ne ^^ sma2 laa kita =]

zaidin said...

Assalamualaikum.. ;)

like like like.. <3 ;)

Doakan aku berubah menjadi lebih baik ya? ;)

Hana Khalilah said...

waalaikmsalam , insyAllah =] sama2 laa kita brubah ke arah yg lebih baik lagi ^^

Unknown said...

Adik homeroom ! Mesti lupa suda ni kan..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...