an inspirational talk =)

Andai hari ini , kita ditemani dengan titisan jernih di pipi ,
hanya kerana ingin mencapai redha dan janji Ilahi ,
tangislah ia dengan penuh cinta ,
KERANA , ada bahagia yang menanti di sana . ♥

Sunday, September 09, 2012

Algebra


Sejurus berakhirnya paper algebra semasa peperiksaan akhir hari itu, ku kira itulah titik pengakhiran aku dengan algebra ini. Aku kira algebra ini dan melangkah ke kursus maths yang seterusnya di semester dua. Ternyata, jangkaan aku meleset. Aku dikejutkan dengan berita pemergian pensyarah algebra kami yg baik hati , Dr. Saiman.

Kelu seribu bahasa. Series tak tahu nak kata apa. Sangat terkejut. Tak percaya. Sebak. Perasaan bercampur baur. Dan dalam semua perasaan itu, terselit perasaan "menyesal &berdosa" di situ . 

Pensyarah tersebut mula mngajar kami apabila bulan kedua kami di asasi. Beliau seorang yang lemah lembut , baik hati dan sabar mendidik kami. Kami gelar beliau "atok" kami dan kami ini seperti cucu-cucunya. Beliau sabar melayan banyak kerenah kami. Yang selalu membuat hati saya tersentuh apabila , beliau selalu batuk-batuk di dalam kelas, namun , beliau tetap teruskan kuliah seperti biasa. Jelas menggambarkan beliau seorang yang kuat semangat. I admire him for that.

Tak pernah sekalipun saya mendengar dari mulutnya mencela atau memarahi kami , walaupun keputusan kami tak lah sebaik mana. Kata-katanya selalu mengandungi nasihat dan punyai ibrah disebaliknya, antara sedar atau tak sedar. Selain itu, tak pernah sekalipun wajahnya tidak memberi senyuman, dan dia mendidik dengan penuh kasih sayang.

Sebelum kami peperiksaan akhir hari 2 , dia masuk ICU. Nampaknya penyakitnya makin tenat. Aku tahu pun dari classmate aku. Terus teringat dia pernah cakap "Sebernarnya saya ne ada penyakit, tapi saya yak boleh bagitau penyakit apa" Selepas itu, dia tersenyum.

Masih teringat saat dia cakap 2 . Sangat ingat. Last day kuliah, dia sempat bercerita dengan classmate aku tentang cita-cita. Sepatutnya last day kuliah tuh, kelas sepatutnya cancel. Tapi entah bagaimana, class still berjalan. Rupanya Allah nak tunjuk, itulah kelas terakhir dia bersama kami dan kamilah pelajar terakhir dia. 

Berita pemergiaan dia sangat buat aku tersentak. Menyesal tak make full use of him. Sangat menyesal. Banyak benda yang tak sempat. Sangat banyak. Mungkin kerana dia antara lecturer paling penyayang aku pernah jumpa , berita pemergian dia sangat meniggalkan kesan mendalam kepada aku , dn rakan2 kuliah .

Mungkin sebab aku tak expect secepat ini. Sangat cepat  dan mengejut. Namun , aku terus ingatkan diri  aku, itulah hakikat kehidupan dunia yang sementara. Nyawa itu milik Allah. Apabila sampai masanya , tak akan lambat atau cepat sesaat.

" Setiap yang bernyawa pasti merasakan mati. Kami menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan kepada Kami" [Al-Anbiya 21:35] 

"Setiap yang benyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan"[Al Ankabut 29:57]

Algebra yang ini akan aku ingat sampai bila-bila. Do appreciate orang di depan and sekeliling anda. Once they're gone , that's it. Part itu menjadi ibrah buat kami semua. Semoga rohnya termasuk dalam orang-orang yang soleh. May Allah bless him .

-Al- Fatihah-

1 comment:

bezith94 said...

cyes rsa menyesal....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...